Followers

Saturday, March 12, 2011

~~~sahabat ~~~~

Sahabat. Skopnya meluas. Jika dikembangkan, ibu ayah boleh menjadi sahabat, isteri boleh dijadikan sahabat, anak-anak pun boleh. Dan, percaya atau tidak, syaitan pun boleh kita jadikan sebagai sahabat. Pilihlah yang mana satu pilihan kalbu.

Sesungguhnya, hidup kita di dunia bukan seorang. Tidak mungkin kita dapat hidup tanpa orang lain. Tidak mungkin kita bertahan hidup bersendirian. Mungkin boleh hidup. Namun, bahagiakah? Tiada berteman. Tiada bersahabat?

Dengan bersahabat, kita rasa bahagia. Masakan tidak. Ada orang yang bertanya khabar, menasihati, membakar semangat, berkongsi pendapat dan lain-lain

Sahabat membawa pengaruh yang besar kepada kehidupan kita. Jika anda fikirkan, kebanyakan pelajar, akan meluangkan masa yang lama bersama kawan-kawan berbanding dengan keluarga.

Jika sekolah berasrama, yang senior itulah abang, yang junior itulah adik. Warden yang garang tulah ayahanda, guru wanita itulah ibunda.

Senior saya disekolah dulu menyambut kami dengan ungkapan "Ahlan Wasahlan" yang membawa maksud jadilah ahli kami dan bersenang-lenanglah. Sangat mendamaikan.

Saya masih tersentuh. Jika bertemu sahabat-sahabat lama sekolah, pasti kami akan berpelukan, meskipun sudah lama berpisah. Dan, sahabat-sahabat sekarang tidak perlu bertanya: Acha, siapa tu?

Pemilihan rakan untuk menjadi sahabat itu amat penting. Rasulullah s.a.w bersabda:

Sekiranya kamu hendak mengetahui sikap seseorang, maka bertanyalah kepada jirannya (sahabatnya)

So,  pentingkan memilih sahabat? Sahabat yang baik ialah mereka yang membantu kita mendekatkan diri kepada Allah. Kita bina ukhuwwah itu atas dasar iman. Saling lengkap melengkapi-takmil wa istikmal.

Sahabat saya disekolah dulu berpesan:
“Semakin lama kita berkawan dengan seseorang, semakin kita kenal baik buruknya. Terimalah seadanya. Janganlah kamu mengeluh dan menyebarkan keburukan sahabat kamu. Lengkapkan kelemahannya. Tolonglah dia menunjukkan kekuatannya”.

Sahabat yang baik ialah sahabat yang selalu mengingatkan kita kepada jalan yang lurus iaitu jalan yang diredhai…dan bukan sahabat yang menjerumuskan kita ke lembah kelalaian…aku cinta kasih dan rindu kepada sahabat yang begini…
Namun sebagai manusia, aku akui bahawa diri ku bukanlah manusia yang sempurna…namun aku berterima kasih..kerana aku dikurniakan mereka…sebagai sahabat seperjuangan ku…
Ungkapan AKU SAYANG KAMU SEMUA(dalam bahasa arabnye Uhibbukafillah )….
ku tujukan khas buat mereka


"Ada 7 golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya. 2 lelaki yang berkasih-sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah hanya kerana-Nya"

Ungkapan Uhibbukafillah (Saya sayang kamu kerana Allah) sungguh menyentuh jiwa.

No comments: